Gempa kuat: Pelajar Brunei di NZ selamat

Gempa kuat: Pelajar Brunei di NZ selamat

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Semua pelajar Brunei yang sekarang ini menuntut di bandar raya Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat susulan kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Richter dan gempa susulan yang melanda bandar raya itu malam ini.

Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke New Zealand dan Atace Pendidikannya yang berpangkalan di Australia akan terus berhubungan dengan pelajar-pelajar Brunei yang berada di New Zealand untuk memantau keadaan di sana.

Sebarang pertanyaan mengenai keadaan di New Zealand yang membabitkan warga Brunei boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, +673 871 6001.

ARTIKEL YANG SAMA