Gempa landa Jepun, tiada amaran tsunami

Gempa landa Jepun, tiada amaran tsunami

TOKYO, 16 Okt – Satu gempa bumi 5.3 magnitud melanda Wilayah Miyagi di timur laut Jepun hari ini, menurut agensi cuaca.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi 5.3 magnitud berlaku pada 4:37 petang waktu tempatan di mana pusat gempa melaporkan bahawa gempa itu berada pada latitud 38.3 darjah ke utara dan longitud 141.6 darjah ke timur dan melanda pada kedalaman 20 kilometer.

Gempa bumi, yang mencatatkan 4 pada skala seismik Jepun yang memuncak kepada 7, turut dirasai di Iwate, Yamagata, Fukushima, Aomori, Akita dan Ibaraki dan wilayah Tochigi, walaupun agensi itu berkata ia tidak mengeluarkan amaran tsunami akibat daripada gempa bumi itu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kerosakan akibat gempa bumi itu, atau daripada gempa bumi susulan yang berlaku beberapa minit kemudian pada 4:58 petang waktu tempatan, yang mencatatkan 4.1 magnitud di rantau Miyagi dan 3 pada skala seismik Jepun. Pemantau nuklear Jepun juga telah mengesahkan bahawa semua kemudahan nuklear di rantau itu, termasuk kompleks Daichi di Wilayah Fukushima, yang menyaksikan bencana tsunami dan gempa bumi pada tahun 2011, menunjukkan tiada tanda-tanda kerosakkan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA