Gempa sederhana berlaku di Jayapura, Indonesia

Gempa sederhana berlaku di Jayapura, Indonesia

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di barat daya Jayapura, Indonesia pada jam 6:09 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran ialah 378 kilometer dari Irian Jaya dan 2,401 kilometer dari Semporna, Sabah.

Ia tidak mendatangkan kejadian tsunami.