Gempa sederhana gegar India

Gempa sederhana gegar India

NEW DELHI, 10 Ogos (Bernama) – Gempa bumi sederhana berukuran 6.2 pada skala Richter yang melanda utara Afghanistan hari ini turut menggegarkan Srinagar di Kashmir dan beberapa bandar lain di utara India.

Gempa bumi yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang (6 petang waktu Malaysia) menggegarkan bangunan-bangunan di sini.

Gempa susulan juga dilaporkan dirasai di lembah Kashmir dan setakat ini tiada kerosakan besar dilaporkan.

Menurut Jabatan Meteorologi India, kedalaman gempa bumi ialah 210 km dan berlaku di wilayah Hindukush, Afghanistan.

ARTIKEL YANG SAMA