Gempa sederhana landa Assam

Gempa sederhana landa Assam

NEW DELHI, 28 Jun (Bernama) – Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan negeri Assam di timur laut India awal hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), gegaran yang berlaku pukul 6.40 pagi itu turut dirasai di Bhutan, Bangladesh, Nepal dan bahagian timur India.

Satu kenyataan media oleh IMD menyatakan pusat gempa itu adalah di 23 kilometer di utara Basugaon, Assam.

Menurut jabatan itu, gempa bumi tersebut berintensiti sederhana dan setakat ini tiada kerosakan besar atau kemalangan jiwa dilaporkan.

ARTIKEL YANG SAMA