Gempa sederhana landa Lembah Kashmir

Gempa sederhana landa Lembah Kashmir

NEW DELHI, 30 Jun (Bernama) – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Lembah Kashmir awal pagi ini, 48 jam selepas gempa bumi berukuran 5.6 melanda negeri Assam, di timur laut India Ahad lepas.

“Satu gempa bumi sederhana berlaku pada pukul 3.40 awal pagi ini,” kata seorang pegawai daripada Jabatan Meteorologi India dalam satu kenyataan media.

Menurut kenyataan itu pusat gempa ialah di banjaran gunung Hindu Kush, Afghanistan.

Times of India melaporkan gegaran dapat dirasai sebaik sahaja penganut agama Islam selesai bersahur.

Setakat ini tiada kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Pada Oktober 2005, lebih daripada 40,000 orang maut selepas gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan Lembah Kashmir.

Ahad lepas, semasa gempa bumi di Assam, gegaran turut dirasai sejauh Bhutan, Bangladesh, Nepal dan bahagian timur India.

ARTIKEL YANG SAMA