Gempa skala 5 landa timur Jepun

Gempa skala 5 landa timur Jepun

TOKYO, Jepun, 20 Julai – Satu gempa bumi dengan gegaran awal 5.0 magnitud melanda timur Jepun hari ini, menurut agensi kaji cuaca.

Gegaran itu, berdaftar 4 pada skala seismik Jepun yang memuncak ke tahap 7, berlaku pada 7:25 pagi waktu setempat di kawasan selatan wilayah Ibaraki, menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Agensi kaji cuaca itu menambah pusat gegaran pada latitud 36.1 darjah utara dan longitud 140 darjah timur dan berlaku pada kedalaman 50 kilometer.

Gegaran itu juga menggegarkan kawasan timur Jepun termasuk Tokyo dan Chiba.

Setakat ini, tiada kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan dan tiada amaran Tsunami dikeluarkan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA