Gempa susulan 6.0 magnitud landa Ecuador

Gempa susulan 6.0 magnitud landa Ecuador

QUITO, 22 April – Gempa susulan dengan 6.0 magnitud telah melanda berhampiran pantai Ecuador semalam, apabila negara itu sedang bergelut untuk pulih daripada gempa bumi yang dahsyat mengorbankan hampir 600 orang, menurut pakar-pakar Amerika Syarikat.

Gegaran yang melanda pada 10.03 malam (0303 GMT Jumaat) kira-kira 20 batu (33 kilometer) di utara-barat laut Bahia de Caraquez dan 36 batu ke utara-barat laut Tosagua, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA