Gempar lelaki warga asing jatuh bangunan

Gempar lelaki warga asing jatuh bangunan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Orang ramai di ibu negara hari ini gempar apabila seorang lelaki, dikatakan warga asing, jatuh dari salah sebuah tingkat Bangunan Komersial Bumi Putera, di Lorong Jintan Manis belakang Bangunan Wisma Jaya.

Menurut kenyataan akhbar pihak polis,Balai Bomba Polis Pusat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7:29 pagi.

Mangsa bagaimanapun dikejarkan ke Hospital RIPAS dan kini dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

ARTIKEL YANG SAMA