Gemuruh khianati Djokovic pada Terbuka AS

Gemuruh khianati Djokovic pada Terbuka AS

NEW YORK, 12 Sept – Selepas pada awalnya mempertimbangkan untuk tidak bermain pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) disebabkan kebimbangan kecederaan, Novak Djokovic berjaya mara hingga ke pentas final buat kali keenam sejak tujuh tahun kebelakangan.

Walaupun hanya mampu meraih naib juara buat kali kelima di Flushing Meadows kerana disebabkan dirinya sendiri, dia bergelut pada saat-saat penting dan bukan kerana tekanan fizikal termasuk ketika menerima rawatan pendarahan pada jari kaki.

Yang paling jelas ketika kekalahan 6-7 (1), 6-4, 7-5, 6-3 ke atas Stan Wawrinka awal pagi tadi adalah statistik ini: Djokovic, antara pembalas pukulan terbaik dunia tenis, menyudahkan hanya 3 daripada 17 peluang mata break.

“Saya hilang sabar pada detik-detik penting. Dia pula sebaliknya. Saya berasa itulah yang memutuskan perlawanan itu,” ujar Djokovic, pemain pilihan pertama dan juga juara bertahan. “Saya agak kadangkala ia berlaku, meskipun anda mempunyai pengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan. Hanya disebabkan detik-detik panas dan kepentingan perlawanan itu, Saya berasa, terlalu kuat buat saya pada masa tertentu dalam perlawanan itu. Sedikit sahaja anda hilang kesabaran, perlawanan boleh pergi begitu sahaja.”

Meskipun tewas, Djokovic tetap bangga akan pencapaiannya setakat ini, lebih-lebih masih mengekalkan status pemain nombor satu dunia. – AFP
Meskipun tewas, Djokovic tetap bangga akan pencapaiannya setakat ini, lebih-lebih masih mengekalkan status pemain nombor satu dunia. – AFP

Ia adalah satu pengakuan yang agak mengejutkan bagi seseorang yang memiliki 12 gelaran utama dan Grand Slam kerjaya, yang kini telah menikmati lebih daripada 200 minggu di ranking ATP No.1, yang merupakan pemain lelaki pertama untuk melepasi tanda aras AS$100 juta dalam wang kemenangan di dunia tenis.

Dan lebih-lebih lagi, seseorang yang pada permulaan musim ini dianggap pemain yang sukar untuk ditewaskan. Sehingga tewas pada pusingan ketiga Wimbledon kepada Sam Querrey, Djokovic telah memenangi 30 perlawanan Grand Slam berturut-turut, menjadikannya hanya lelaki ketiga dan pertama dalam hampir 50 tahun untuk memenangi empat gelaran utama berturut-turut.

Namun Djokovic mengakui dia menjadi terlalu pasif pada detik-detik penting pada perlawanan menentang pemain no.3 Wawrinka, yang meraih trofi utama ketiga dalam kerjayanya dan pertama di Flushing Meadows.

“Dia lebih berani dan bermain agresif,” ujar Djokovic, “di mana saya pula menunggu sesuatu untuk berlaku.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA