Gencatan senjata Aleppo berakhir

Gencatan senjata Aleppo berakhir

ALEPPO, Syria, 12 Mei (AFP) – Gencatan senjata kawasan bandar pertempuran Aleppo, Syria berakhir hari ini dengan tiada pelanjutan pada saat-saat akhir, apabila satu bandar terkepung berdekatan ibu negerinya bersedia untuk menerima bantuan kemanusiaan pertama dalam empat tahun.

Kuasa-kuasa dunia akan bertemu di Vienna minggu depan untuk cuba bagi rundingan damai yang goyah ke arah mengakhiri konflik lima tahun yang telah mengorbankan lebih daripada 270,000 orang dan jutaan menjadi pelarian.

Helikopter-helikopter rejim menjatuhkan bom-bom tong pada daerah-daerah Aleppo yang dikawal oleh pemberontak dengan tiada laporan korban, berikutan serangan-serangan udara semalaman yang telah mengorbankan dua orang pejuang.

Dalam rantau Damsyik, agensi-agensi bantuan sedang dalam usaha untuk menghantar bekalan-bekalan bantuan ke banar Daraya yang dikawal pemberontak hari ini, yang pertama sejak 2012, menurut Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

Bekalan bantuan kemanusiaan yang akan dihantar ke kawasan-kawasan pengepungan di kawasan berdekatan Aleppo. - AFP
Bekalan bantuan kemanusiaan yang akan dihantar ke kawasan-kawasan pengepungan di kawasan berdekatan Aleppo. – AFP

“Ini adalah konvoi kemanusiaan pertama ke bandar ini di pinggir bandar Damsyik sejak bermulanya pengepungan pada November 2012,” jurucakap ICRC Pawel Kryzsiek berkata.

Lima buah trak yang dikendalikan oleh ICRC, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Bulan Sabit Merah Arab Syria akan menghantar bekalan-bekalan susu anak damit, perubatan dan bekalan persekolahan.

PBB berkata lebih daripada 486,000 orang tinggal di bawah kepungan di Syria, lebih separuh daripada mereka dalam kawasan-kawasan kepungan rejim.

ARTIKEL YANG SAMA