Gencatan senjata perlukan perubahan tingkah laku

Gencatan senjata perlukan perubahan tingkah laku

MUNICH, 12 Feb – Satu persetujuan untuk menghentikan pertempuran di Syria memerlukan “perubahan tingkah laku” daripada rejim Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya Rusia untuk berjaya, Menteri Luar Britain berkata hari ini.

Kuasa-kuasa dunia bersetuju untuk melaksanakan “pemberhentian permusuhan di seluruh negara” bermula dalam masa seminggu ketika rundingan krisis peperangan saudara Syria di sini.

“Jika dilaksanakan sepenuhnya dan dengan baik… ini akan menjadi langkah penting menuju meredakan pembunuhan dan keseksaan di Syria,” Setiausaha Luar Philip Hammond berkata dalam satu keterangan.

“Namun ia hanya akan berjaya jika terdapat perubahan besar dalam tingkah laku rejim Syria dan penyokong-penyokongnya.”

Hammond memberi amaran bahawa sekutu Assad, Rusia “mengaku menyerang kumpulan-kumpulan pengganas dan tidak secara konsisten mengebom kumpulan-kumpulan bukan pengganas termasuk orang awam.”

“Jika persetujuan ini berjaya, pengeboman ini perlu dihentikan, tiada gencatan senjata akan berkekalan jika kumpulan-kumpulan pembangkang sederhana terus disasarkan,” tambahnya.

Menteri-menteri luar berbincang hingga lewat malam di Munich untuk mencuba untuk memulihkan proses-proses perdamaian, yang mana setakat ini gagal untuk menghentikan peperangan yang sudah berjalan lima tahun yang telah mengorbankan lebih daripada 260,000 orang dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Menulis melalui laman Twitter, perwakilan istimewa Britain untuk Syria Gareth Bayley berkata perjanjian itu dengan mudah telah dipersetujui. – AFP