Gencatan senjata Syria jadi perhatian

Gencatan senjata Syria jadi perhatian

BEIRUT, 26 Feb (AFP) – Presiden AS Barack Obama memberi amaran kepada Moscow dan Damsyik bahawa ‘dunia akan memerhati’ komitmen mereka pada gencatan senjata, ketika 17 kumpulan negara menyokong proses damai Syria yang sedang mengemas kini perjanjian.

Obama berkata dalam tempoh beberapa hari akan datang adalah kritikal bagi gencatan senjata separa yang mana Moscow dan Washington menjadi pihak perantara yang dijangka bermula pada tengah malam hari ini yang telah dipersetujui oleh rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan penentang tertinggi Syria.

Perjanjian itu yang tidak termasuk kumpulan pejuang jihad IS dan kumpulan pelampau lain menandakan desakan diplomatik terbesar untuk membantu menamatkan keganasan di Syria, tetapi dibelenggu keraguan selepas kegagalan usaha damai sebelumnya.

Anggota-anggota kumpulan 17 negara yang menyokong proses itu akan mengadakan pertemuan di Geneva pada hari ini untuk menyelesaikan butiran seterusnya berhubung perjanjian itu, yang dijangka disokong oleh Majlis Keselamatan PBB pada hari sama, menurut para diplomat.

Ada harapan bahawa kejayaan ‘penamatan perseteruan’ akan membawa kepada rundingan damai dimulai semula yang telah gagal di Geneva awal bulan ini.