Gencatan senjata Syria memasuki hari kedua

Gencatan senjata Syria memasuki hari kedua

DAMSYIK, 28 Feb (AFP) – Gencatan senjata Syria memasuki hari kedua pada hari ini, dengan zon pertempuran di seluruh negara sebahagiannya senyap untuk kali pertama dalam lima tahun meskipun pencabulan yang berlaku sekali-sekala.

Gencatan senjata sementara itu, diusahakan oleh Washington dan Moscow, dilihat sebagai langkah penting untuk menamatkan konflik yang telah meragut 270,000 nyawa dan menyebabkan lebih separuh daripada penduduk kehilangan tempat tinggal.

Ia dapat bertahan hari pertama, di mana media negeri berkata peluru ditembak di ibu negara sementara pemberontak juga menuduh tentera kerajaan melakukan “pencabulan.”

“Saya fikir ia adalah kali pertama kami bangun tanpa bunyi tembakan,” kata Ammar al-Rai, pelajar perubatan berusia 22 tahun di Damsyik.

Satu pasukan petugas antarabangsa ditubuhkan untuk mengawasi pertempuran yang dipengerusikan bersama oleh Amerika Syarikat dan Rusia berkata semalam sebahagian besarnya adalah aman.

Suasana di Syria kelihatan tenang apabila gencatan senjata di negara itu memasuki hari keduanya. – Reuters
Suasana di Syria kelihatan tenang apabila gencatan senjata di negara itu memasuki hari keduanya. – Reuters

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat dan Rusia telah membuat penilaian positif jam-jam pertama gencatan senjata,” kata seorang diplomat Barat selepas mesyuarat Kumpulan Bantuan Syria Antarabangsa di Geneva.

PBB melaporkan “beberapa kejadian” pencabulan gencatan senjata, tetapi “mereka telah diredakan,” kata beliau.

Pejabat Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata beliau dan Setiausaha Negara AS John Kerry telah “mengalu-alu” gencatan senjata dalam satu panggilan telefon, dan membincang cara-cara untuk mempertingkat kerjasama di antara tentera mereka.

Duta PBB Staffan de Mistura berkata rundingan perdamaian akan diteruskan pada 7 Mac jika gencatan senjata berjaya dan lebih bantuan diberikan satu penghalang utama dalam rundingan.

Jurucakap untuk pejabat hal ehwal kemanusiaan PBB berkata konvoi seterusnya dijangka berlepas pada hari ini, selepas bantuan sampai kepada beribu-ribu orang di bandar yang dikepung sejak seminggu lalu.