Gencatan senjata Yaman bermula

Gencatan senjata Yaman bermula

ADEN, 14 Dis (AFP) – Satu gencatan senjata di Yaman bermula hari ini pada tengah malam menjelang rundingan damai yang dibroker Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland, menurut delegasi kerajaan pada rundingan itu kepada AFP.

“Kami berharap militia akan terikat dengan gencatan senjata ini pada masa ini,” kata Mueen Abdulmalek merujuk kepada pasukan pemberontak yang disokong kerajaan di Yaman.

Seorang pegawai di istana presiden mengesahkan gencatan itu akan bermula pada tengah malam waktu tempatan (2100 GMT) berdasarkan persetujuan antara Presiden Abedrabbo Mansour Hadi dan utusan PBB Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed.

Bagaimanapun, ia masih lagi tidak jelas jika pemberontak Huthi dan pasukan gabungan – tentera belot yang masih setia kepada orang kuat Ali Abdullah Saleh – akan mematuhi arahan pembatalan dalam pertempuran.