General Kanan Myanmar muncul dari bayang-bayang

General Kanan Myanmar muncul dari bayang-bayang

YANGON, 25 Feb (Reuters) – Sama seperti kebanyakan generasinya, ketua berkuasa tentera Myanmar adalah yang terbaru tetapi gemar untuk beralih kepada Facebook. Dalam gambar latar belakang bagi profilnya, ketua pemerintah itu menaikkan ibu jarinya dari kokpit sebuah pesawat. Gambar menunjukkannya meraikan tahun baru dalam pakaian tradisi dan mengunjungi tentera yang cedera.

Ia jauh dari kedudukan beberapa tahun lalu, apabila hanya bayangan dalam tugasan tentera pemerintah hadir bagi laporan dari media negara, dan hanya memberikan peringatan bahawa perubahan melanda negara Asia Tenggara walaupun jeneral rahsia yang memerintah hampir 50 tahun sehingga 2011.

Ketika dia mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘de facto’ nombor 2 dalam arena politik selepas pilihan raya Myanmar, General Kanan, Min Aung Hlaing telah menukar dirinya dari tentera berdiam diri menjadi ahli politik, tokoh umum dan ahli negarawan, kata diplomat di Yangon.

Orang ramai yang mengenalinya berkata dia berazam untuk menunjukkan tentera, yang masih dibenci oleh kebanyakan orang selepas beberapa dekad pemerintahan berkuku besi junta adalah kuasa positif dalam peralihan kepada demokrasi, tetapi juga dia tidak begitu terburu – buru bagi tentera untuk berundur dari politik.

Gambar yang diambil pada 2 Disember 2015 menunjukkan Min Aung Hlaing (kiri) berjabat tangan dengan Aung San Suu Kyi sebelum mesyuarat mereka di pejabat Hlaing di Naypyitaw. – Reuters
Gambar yang diambil pada 2 Disember 2015 menunjukkan Min Aung Hlaing (kiri) berjabat tangan dengan Aung San Suu Kyi sebelum mesyuarat mereka di pejabat Hlaing di Naypyitaw. – Reuters

Sehingga Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi kejayaan dalam pilihan raya demokrasi yang pertama di seluruh negara itu bagi 25 tahun pada November, Min Aung Hlaing tidak pernah bersemuka dengan pemenang Nobel kedamaian itu.

Sejak itu, mereka telah bertemu sekurang – kurangnya tiga kali sebagai musuh tentera bersjarah dan NLD cuba mencapai persetujuan mengenai bagaimana mereka akan bekerjasama apabila peralihan kuasa dilengkapkan pada akhir Mac.

Min Aung Hlaing tidak menunjukkan sebarang tanda dia bersedia menyerahkan 25 peratus dari kerusi dalam parlimen yang dikhaskan bagi tentera yang tidak dilantik, mahu pun bagi membenarkan perubahan kepada perlembagaan yang didraf junta yang menghalang Suu Kyi dari menjadi presiden.

ARTIKEL YANG SAMA