General Mills tarik balik pelbagai jenis tepung

General Mills tarik balik pelbagai jenis tepung

MINNEAPOLIS, 26 Julai – General Mills telah menarik balik tepung yang dikeluarkan berhubung kemungkinan ia berkaitan dengan letusan bakteria E.coli selepas empat pesakit baru telah dilaporkan.

Penarikan balik itu diumumkan kelmarin meliputi beberapa tepung pelbagai jenis daripada Gold Medal dan Signature Kitchen yang dikeluarkan pada tarikh tertentu sehingga 10 Februari.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit berkata tepung itu dikeluarkan di kilang General Mills di Kansas City, Missouri, seperti menjadi punca letusan bakteria itu yang sejauh ini telah mengakibatkan seramai 46 orang jatuh sakit di 21 buah negeri.

CDC berkata 13 daripadanya telah dimasukkan ke hospital, dan seorang telah mengalami kegagalan buah pinggang. Tidak ada kematian telah dilaporkan.

General Mills berkata penyakit itu berkaitan dengan para pengguna yang memakan atau mengendalikan doh tidak dimasak atau dimakan tanpa dimasak yang dicampurkan dengan tepung mentah. – AP