Generasi baru Audi Q7

Generasi baru Audi Q7

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Semenjak generasi pertama Audi Q7 diperkenalkan 10 tahun lalu, hanya kini Q7 diperbaharui dengan perubahan yang agak drastik bagi kenderaan jenis Sport Utility Vehicle (SUV) itu.

Pengedar tunggal Audi di sini, T.C.Y Motors Sdn Bhd memperkenalkan Q7 serba baru yang lebih luas bahagian dalamnya, lebih selesa dan mewah. Ia juga lebih ringan kerana diperbuat daripada aluminium jenis Ultra High Strength Steel yang sama kukuh namun lebih ringan daripada besi biasa.

Eksekutif Pemasaran di T.C.Y Motors, John Tan pada majlis pengenalan Audi Q7 serba baru ini menjelaskan, banyak perubahan dibuat dalam kereta itu termasuklah lampu depan dan belakang lebih padat daripada Xenon kepada LED yang membantu pemandu dalam perjalanan waktu pagi dan malam. Manakala rangkanya pula tampak sasa, dinamik dan sportif berbanding generasi pertamanya.

Ruang kokpit yang dilengkapi dengan teknologi terkini.
Ruang kokpit yang dilengkapi dengan teknologi terkini.
Perbandingan model Audi Q7 generasi pertama (kiri) dengan Audi Q7 generasi kedua.
Perbandingan model Audi Q7 generasi pertama (kiri) dengan Audi Q7 generasi kedua.
Audi Q7 generasi kedua yang tampil lebih bergaya.
Audi Q7 generasi kedua yang tampil lebih bergaya.
Audi Q7 mempunyai tujuh tempat duduk dengan keluasan 1679mm lebar di bahagian dalam.
Audi Q7 mempunyai tujuh tempat duduk dengan keluasan 1679mm lebar di bahagian dalam.

Ia didatangkan dalam dua varian iaitu model 2.0 Turbo TFSI dan 3.0 TFSI V6 Quatrro. Model 3.0 digabungkan dengan transmisi Automatik Tiptronik, mampu menghamburkan kuasa kelajuan sehingga 333 kuasa kuda dalam masa 6.3 saat sahaja. Ia juga jimat bahan api sehingga 28 peratus disebabkan keringanan kerangkanya.

Manakala bahagian papan pemukanya, dilengkapi dengan sistem hiburan dengan kawalan MMI melalui skrin berukuran 8.3 inci ditambah dengan Audi Drive Select yang boleh menukar pemanduan dengan hanya menekan satu punat sahaja.

Bahagian belakangnya pula lebih istimewa kerana dengan hanya melalukan kaki di bawah bonet, ia akan terbuka dengan sendiri, memudahkan pemandu yang penuh barangan di tangan.

Manakala jika pemandu atau penumpang tidak menutup kereta dengan rapat, Audi Q7 akan menutupnya rapat secara automatik.

ARTIKEL YANG SAMA