Generasi baru pencari emas mula meningkat

Generasi baru pencari emas mula meningkat

PLYMOUTH – Al Davis Jr. tersenyum apabila beliau ternampak kilauan emas di dalam dulang plastik yang penuh dengan tanah anak sungai Vermont.

Davis merupakan sebahagian daripada sebuah masyarakat penggali emas yang berjumlah kira-kira 3,000 orang di New England.

Kerap melengkapkan diri dengan lebih daripada penyodok dan dulang, mereka boleh dijumpai di anak sungai sedalam paras lutut dan sungai-sungai hampir setiap minggu musim panas di tempat-tempat seperti Plymouth; Byrin, Maine; dan Bath, New Hampire.

“Terdapat sesuatu yang ajaib mengenainya. Anda akan selalu keluar kerana anda mahu tahu jika anda boleh mendapatkan lebih banyak berbanding sebelumnya,” kata Davis, yang telah melombong selama hampir setengah abad.

“Bolehkah saya mendapat emas yang lebih besar?” antara persoalan yang akan timbul, menurut Davis.

Kotak pencuci seperti penapis digunakan bagi menapis emas dan membuang lebihan tanah. – AP
Kotak pencuci seperti penapis digunakan bagi menapis emas dan membuang lebihan tanah. – AP
Seorang pencari emas menunjukkan serpihan emas yang dijumpainya. – AP
Seorang pencari emas menunjukkan serpihan emas yang dijumpainya. – AP

Tetapi pada masa kini, sungai-sungai di mana Davis dan pencari emas lain mula kelihatan semakin penuh apabila generasi muda pencari emas di Timur Laut dan Barat Laut Pasifik juga mencuba nasib mereka.

Mereka yang sudah lama menjadi pencari emas kini membuat kelab di laman sesawang dan berjumpa dengan mereka yang mengambil kelas-kelas perlombongan emas. Sebahagian generasi muda beralih untuk menjenterakan perlombongan, bermakna ia meningkatkan kemarahan pakar alam sekitar.

Para pencari mengaitkan pertumbuhan jumlah mereka yang mengikuti aktiviti luar yang santai itu, dengan ‘Gold Rush’ dan Yukon Gold’ yang menjadikan perlombongan atau pencarian emas itu sesuatu yang menguntungkan dan penuh cabaran.

Kemudian terjadinya Ribut Tropika Irene, yang telah melanda Vermont pada tahun 2011. Ia mencetuskan kegilaan emas selepas beberapa laporan menyatakan bahawa ribut itu telah melimpahkan emas-emas ke sungai.

“Ia adalah satu kegilaan emas yang sebenar,” kata Nelson Illinski, mencari emas tidak jauh dari Davis, bersama isterinya, Ashley dan anak lelakinya yang berusia dua tahun, Shane.

Illinski, mewakili generasi pencari emas yang lebih muda. Beliau yang berusia 39 tahun itu berasal dari Arlington, Vermont, mengendalikan sebuah laman sesawang mengenai perlombongan emas di negeri itu dan mengajar sebuah kelas yang telah menarik 300 orang dalam dua musim panas kebelakangan ini.

“Ia seolah-olah bukan lagi seperti satu hobi bagi sebahagian besar kami. Ia telah menjadi satu obsesi,” kata Illinski.

“Ia memberikan anda satu keterujaan untuk mengetahui bahawa orang ramai telah menggali emas selama 200 tahun dan anda menjumpai serpihan yang mereka ketinggalan.”

Sementara pencari emas secara tradisionalnya menggunakan dulang untuk mencari emas, kini ramai yang sudah beralih kepada mesin. Kelengkapan termasuk mesin pengorek keluar yang mengeluarkan isi-isi sungai dan kotak pencuci seperti penapis yang menapis emas dan membuang lebihan tanah.

Bimbang dengan kesannya ke atas alam sekitar, pada tahun lepas California telah mengharamkan mesin pengorekan keluar. Pada bulan Januari, Oregon telah menggubalkan undang-undang moratorium selama lima tahun ke atas pengorekan keluar, dan pakar alam sekitar mahu ia dilaksanakan juga di Washington. Maine dan Vermont juga mengenakan had bagi pengorekan.

Sebahagian besar pencari emas di Timur Laut tidak mempunyai masalah dengan had-had itu. Tetapi meskipun orang seperti Illinski, yang telah menukar pengesan logam bagi dulang sedekad yang lalu, bimbang kesemua pencari emas akan terjerumus dengan perbalahan yang terjadi di bahagian Barat.

“Kami bimbang kerajaan persekutuan akan datang ke sini dan berkata bahawa anda tidak lagi boleh menggunakan tanah itu kerana tanah-tanah itu diperlukan untuk hal lain,” katanya.

“Itu menakutkan saya lebih daripada yang lain, secara tiba-tiba tanah yang kami bayar melalui cukai akan diambil,” katanya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA