GenNEXT UBD lahirkan pemimpin masa depan

GenNEXT UBD lahirkan pemimpin masa depan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Tatkala Universiti Brunei Darussalam (UBD) bersedia untuk mengalu-alukan lebih 1,000 pelajar baru ke kampusnya minggu depan, universiti berkenaan mengulang keutamaannya untuk melahirkan graduan berpengetahuan dan berkaitan dengan industri serta semangat bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Melalui rangka kerja pendidikan generasi seterusnya yang unik, UBD dalam kenyataannya, di sini, hari ini, menekankan misinya untuk melahirkan pemimpin-pemimpin serba berkebolehan yang akan menyumbang kepada negara dan ekonomi.

Menurut kenyataan itu, kurikulum GenNEXT UBD adalah program rentas disiplin yang meluas, yang menawarkan fleksibiliti kepada pelajarnya untuk meneroka bakat mereka dan kerjaya yang diminati, sementara menyemai semangat berwawasan dan keusahawanan untuk membangunkan negara.

Dalam kurikulum berkenaan, 50 hingga 60 peratus daripada pengajian di UBD, para pelajar akan mempelajari subjek-subjek utama pilihan mereka, dan selebihnya modul sampingan, yang membolehkan mereka meneroka disiplin lain yang mereka minati.

Seperti contoh, pelajar dari fakulti sains boleh mengambil modul sampingan daripada Sains Kesihatan, Seni dan Sains Sosial, Pengajian Brunei, Pusat Bahasa dan sebagainya.

Bagaimanapun, terdapat modul wajib bagi Melayu Islam Beraja, tamadun Islam dan dunia moden, dan model komunikasi bagi semua mahasiswa UBD.

Modul-modul sedemikian adalah bagi memastikan para pelajar tamat pengajian dengan kemahiran komunikasi yang diperlukan dan pengetahuan asas dalam falsafah negara.

Di samping itu, UBD turut menawarkan pembelajaran secara pengalaman melalui satu atau empat pilihan gabungan, iaitu penempatan kerja, pengajian ke luar negara, projek inkubasi dan outreach komuniti.

Kesimpulannya, kurikulum ini direka untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar, mengambil pengalaman dan melatih disiplin diri, bertanggungjawab, kreativiti, kepimpinan, keusahawanan, kerjasama, kebolehan untuk berkomunikasi, dan kemahiran kehidupan penting yang lain.

Seperti universiti-universiti lain, UBD memerlukan pelajarnya memenuhi beberapa keperluan seperti subjek utama dan keperluan sampingan untuk mendapatkan ijazah.

“Menamatkan pengajian tanpa memenuhi keperluan atau kriteria ini akan menjejaskan kualiti graduan,” Timbalan Naib Canselor UBD, Profesor Madya Dr Azman Ahmad.

Satu sistem pengurusan pembelajaran dalam talian dinamakan Sistem Maklumat GenNEXT (GIS) turut disediakan kepada para pelajar untuk mengetahui modul yang didaftarkan, kredit dan mata gred mereka. Keputusan peperiksaan juga diterbitkan di GIS.

Taklimat mengenai keperluan untuk tamat pengajian berdasarkan subjek utama pilihan mereka akan disampaikan kepada para pelajar semasa Minggu Orientasi di fakulti masing-masing sepanjang program itu.

Semua butiran keperluan, peraturan dan undang-undang juga disediakan di laman sesawang universiti dan fakulti.

UBD akan mengalu-alukan kumpulan bari pelajar pada Minggu Orientasi bermula 27 Julai dengan acara selama seminggu sehingga 2 Ogos yang diadakan di Dewan Cancelor.

ARTIKEL YANG SAMA