Gent ‘bantu’ Valencia menang

Gent ‘bantu’ Valencia menang

VALENCIA, Sepanyol, 21 Okt – Jaringan sendiri Stefan Mitrovic 18 minit sebelum tamat menghadiahkan Valencia kemenangan penting 2-1 ke atas Gent semalam untuk membolehkan pasukan Sepanyol itu menghampiri fasa 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Valencia membuat permulaan kuat apabila gabungan Sofiane Feghouli dan pertahanan Gent Lasse Nielsen membuka jaringan buat tuan rumah dari jarak dekat, tetapi Gent menyamakan kedudukan terima kasih kepada rembatan menakjubkan Thomas Foket.

Bagaimanapun, rentak menarik babak kedua juara Belgium itu terganggu apabila Mitrovic berjaya ‘mengacau’ usaha Jose Luis Gaya sehingga masuk ke gawang sendiri.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan Valencia di tempat kedua Kumpulan H, lima mata di hadapan Gent dan Lyon, yang tewas 3-1 kepada pendahulu kumpulan Zenit.

“Separuh masa pertama adalah permainan terbaik kami sepanjang musim. Kami sepatutnya menyelesaikan permainan lebih awal tetapi jaringan pula menjelma,” bos Valencia Nuno Espirito Santo memberitahu BeIN Sport.

Pemain Gent, Laurent Depoitre (kiri) bersaing dengan pemain  Valencia, Jose Gaya dalam aksi Kumpulan H di stadium Mestalla di Valencia, Sepanyol semalam. – Reuters
Pemain Gent, Laurent Depoitre (kiri) bersaing dengan pemain Valencia, Jose Gaya dalam aksi Kumpulan H di stadium Mestalla di Valencia, Sepanyol semalam. – Reuters

“Gent merupakan sebuah pasukan yang teratur dengan penyerang yang bagus menyebabkan kami menghadapi kesukaran. Sekarang kami perlu melangkah dan saya yakin perlawanan sukar akan menunggu.”

Valencia seharusnya melengkapkan babak pertama dengan baik tetapi hanya mampu menggigit jari selepas penjaga gol Matz Sels melakukan tugasan cemerlang.

Santi Mina terlepas peluang satu lawan satu penjaga gol Gent selepas lapan minit permainan sebelum Shkodran Mustafi yang tidak dikawal meluru dari sudut pada jarak 10 meter.

Jaringan pembukaan tiba pada minit ke-15 apabila Feghouli meledakkan gol Eropah ketiganya musim ini hasil hantaran silang Joao Cancelo dengan bantuan Nielsen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA