Gent ujian kebangkitan Wolf

Gent ujian kebangkitan Wolf

BERLIN, 16 Feb – VfL Wolfsburg berharap persembahan buruk yang diakhiri dengan kemenangan Bundesliga akan membantu pasukan meningkatkan lagi keyakinan mereka dalam pusingan pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara di Gent esok.

Naib juara Bundesliga dan Piala Jerman tahun lalu itu menduduki tangga kelapan liga selepas kemenangan 2-0 ke atas Ingolstadt Sabtu lalu dalam kemenangan pertama selepas lapan perlawanan Bundesliga.

Kemenangan ke atas kelab Bavaria itu akan menjadi kunci kepada keyakinan Wolfsburg ketika mereka melangkah ke wilayah Eropah yang belum pernah diterokai, menurut jurulatih Dieter Hecking. Wolfsburg gagal melepasi peringkat kumpulan dalam penampilan pertama Liga Juara-Juara pada 2009.

Gent menyertai Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas dinobatkan sebagai juara Belgium pada 2015. Mereka mengejutkan naib juara Kumpulan H, menewaskan Valencia dan Zenit St. Petersburg di laman sendiri serta Olympique Lyonnais.

Mereka menjadi kelab Belgium pertama sampai ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara sejak Anderlecht 15 tahun yang lalu. – Reuters

Wolfsburg berharap dapat meneruskan kebangkitan apabila berdepan skuad Gent pada perlawanan Liga Juara-Juara, esok. – Reuters
Wolfsburg berharap dapat meneruskan kebangkitan apabila berdepan skuad Gent pada perlawanan Liga Juara-Juara, esok. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA