Georgia ‘selangkah’ anggotai NATO

Georgia ‘selangkah’ anggotai NATO

TBILISI, 28 Ogos – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata pusat latihan baru yang dibuka di Georgia semalam akan membantu bekas republik Soviet itu bergerak lebih dekat kepada keanggotaan pakatan ketenteraan tersebut, mencetuskan bantahan segera daripada jiran Rusia.

Georgia sudah lama berharap untuk menyertai NATO tetapi Moscow, yang berperang dengan Tbilisi pada 2008 berkata langkah itu akan mengancam keselamatannya.

“Pelancaran latihan bersama itu bakal menjadi petanda positif hubungan lebih rapat sesama kami,” Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg memberitahu wartawan di ibu negara Georgia.

“Semua usaha ini membantu Georgia untuk bergerak lebih rapat bagi aspirasinya untuk menjadi anggota NATO.”

Stoltenberg berkata pusat latihan tersebut, yang dibuka di pangkalan tentera di luar Tbilisi, adalah sebahagian pakej langkah untuk memantapkan keupayaan pertahanan Georgia.

Anggota tentera Georgia ketika menyertai perbarisan sempena latihan bersama dengan NATO di pangkalan tentera di luar Tbilisi, Georgia. – Reuters
Anggota tentera Georgia ketika menyertai perbarisan sempena latihan bersama dengan NATO di pangkalan tentera di luar Tbilisi, Georgia. – Reuters

Ia akan menyediakan latihan teori dan praktikal oleh anggota NATO kepada anggota tentera Georgia serta para pegawai lain selain negara-negara anggota lain.

Rusia, yang hubungannya dengan NATO memasuki tahap selepas Perang Dingin berhubung krisis Ukraine, menyifatkannya sebagai suatu usaha pro-vokasi oleh NATO.

“Kami menganggap langkah ini sebagai penerusan dasar provokatif pakatan tersebut yang bertujuan memperluaskan pengaruh geopolitik mereka,” jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zorkova memberitahu sidang media.

“Mereka yang terus secara aktif mahu menarik Tbilisi menyertai NATO perlu menyedari dalam skala besar tanggungjawab mereka, tidak disangsikan dengan turut mengambil kira pengalaman tragik di wilayah itu pada 2008,” kata Zakharova, merujuk kepada perang berkenaan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA