Gergasi Manchester rebut slot Liga Juara-Juara

Gergasi Manchester rebut slot Liga Juara-Juara

LONDON, 13 Mei (AFP) – Manuel Pellegrini berikrar untuk memberikan Manchester City hadiah sempurna untuk menempah tempat dalam Liga Juara-Juara dengan mengorbankan Manchester United, sementara juara Leicester pula akan melabuhkan tirai musim cemerlang mereka di Chelsea Ahad ini.

Dengan kempen Liga Perdana yang tidak dapat dilupakan hampir ke penghujung dengan perlawanan pusingan akhir diadakan pada hujung minggu ini, fokus adalah kepada pesaing Manchester yang berjuang bagi merebut tempat terakhir dalam perlawanan kelab elit Eropah dan persaingan akhir Leicester sebagai juara dongeng yang tunduk di laman sendiri kepada juara tahun lepas.

Bagi Pellegrini, lawatan pasukannya ke Swansea menawarkan peluang untuk berada di kedudukan terbaik ketika pengurus dari Chile itu bersedia untuk mengemas mejanya sebelum ketibaan Pep Fguardiola, yang berpindah ke Eastlands dari Bayern Munich selepas musim tamat.

City yang berada di tangga keempat, dua mata di depan United, dan dengan perbezaan jaringan mereka +30 berbanding pesaing tangga kelima mereka +12, pasukan Pellegrini hanya memerlukan seri di selatan Wales untuk layak ke Liga Juara-Juara dan memastikan pasukan jiran mereka berada dalam Liga Europa.

Selepas tiga tahun dan menjulang tiga trofi bersama City, Pellegrini akan mengucapkan selamat tinggal dengan bergaya.

Pellegrini pasti mahukan lebih daripada sekadar meninggalkan jejak di Manchester City, tetapi sudah pasti hadiah untuk The Citizens beraksi dalam Liga Juara-Juara pasti menjadi tekad beliau dalam perlawanan terakhirnya Ahad ini. – AP
Pellegrini pasti mahukan lebih daripada sekadar meninggalkan jejak di Manchester City, tetapi sudah pasti hadiah untuk The Citizens beraksi dalam Liga Juara-Juara pasti menjadi tekad beliau dalam perlawanan terakhirnya Ahad ini. – AP

“Kami selalu berada dalam Liga Juara-Juara bagi 37 perlawanan, jadi saya rasa kami layak untuk berada di sana,” kata Pellegrini.

“Ia mengenai gaya. Bagi saya penting untuk berada dalam pasukan yang menjaringkan gol terbanyak bagi tiga musim, selalu berada dalam Liga Juara-Juara dan memenangi tiga gelaran.”

Kekalahan United 3-2 di West Ham pada pertengahan minggu lalu menyaksikan impain Eropah mereka terjejas dan pasukan Louis van Gaal itu akan menghoskan Bournemouth yang memerlukan kejayaan, bergabung dengan kekalahan City di Swansea, sudah cukup untuk merampas peluang untuk selesai di empat tangga teratas.

Biarpun dalam kedudukan yang sukar, midfield United Michael Carrick, yang mana pasukannya menghadapi Crystal Palace dalam Piala FA pada 21 Mei, menggesa rakan sepasukannya untuk tidak memandang rendah saingan Bournemouth.

“Kami perlu fokus, kedudukan itu telah membuktikannya,” kata Carrick. “Kami mengawal ketika berada dalam perlawanan menentang West Ham tetapi kami melepaskannya. Kami perlu memenangi perlawanan liga terakhir kami sekarang dan melihat apa yang berlaku.”

Hanya 10 bulan selepas diletakkan sebagai pasukan bawahan 5,000-1 bagi merebut gelaran, usaha Leicester dalam mengucapkan selamat tinggal untuk musim paling cemerlang dalam 132 tahun sejarah kelab itu dengan mengunjungi Stamfrod Bridge bagi menghadapi Chelsea.

Ia teriakan terakhir pasukan Claudio Ranieri kerana semangat berpasukan dan hasrat yang memainkan peranan signifikan dalam kejayaan gelaran mereka yang menandakan perbandingan kepada usaha lesu bintang Chelsea.

Sementara itu Eden Hazard, Diego Costa dan pasukan menunjukkan sedikit komitmen dalam mempertahankan gelaran yang tidak menentu, pemain seperti N’Golo Kante dan Jamie Vardy bangkit daripada kedudukan yang tidak dikenali untuk mencapai kemuncak persaingan Inggeris.

Midfield Leicester Kante, yang ditandatangani dengan nilai 5.6 juta pound (AS$8 juta) dari Caen, menyimpulkan semangat tidak pernah menyerah kalah dengan lebih banyak tekal dan pintasan berbanding pemain Liga Perdana yang lain musim ini.

“Saya bukanlah pemain bintang,” kata Kante. “Saya rasa ia semangat pasukan. Apabila saya datang ke sini saya tidak dapat membayangkan untuk memenangi gelaran. Tetapi kami berjuang sepanjang masa dan sebab itu mengapa kami berjaya melakukannya.”

Tottenham pula, biarpun kehilangan gelaran teratas pertama sejak 55 tahun, mungkin akan mendapat penyudah sagu hati di atas pesaing dari utara London, Arsenal buat kali pertama sejak 1994-95 jika mereka memenangi tempat kedua sejak 1963.

Selesai di tangga kedua bagi pasukan Mauricio Pochettino adalah dua mata di depan Arsenal dengan perbezaan jaringan yang besar, bermakna seri atau menang di Newcastle akan menjadikannya tidak relevan bagaimana pasukan tangga ketiga Gunners dalam perlawanan di laman sendiri menentang pasukan tercorot, Aston Villa.

“Selesai di tangga ketiga adalah sukar,” kata pemain penyerang Tottenham, Harry Kane. “Adalah bagus bagi peminat untuk mendapatkannya buat kali pertama dalam masa yang panjang. Ia dalam tangan kami.”

West Ham, Southampton dan Liverpool semuanya berjuang merebut tempat dalam Liga Europa, walaupun kelayakan mungkin tidak ditentukan sehingga Piala FA.

perdana

ARTIKEL YANG SAMA