Gergasi Sepanyol kecundang

Gergasi Sepanyol kecundang

MADRID, 14 April (AFP) – Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar ketiga-tiganya gagal untuk memberikan aksi yang mantap apabila juara bertahan Barcelona terkeluar daripada persaingan Liga Juara-juara, tewas 2-0 ke atas Atletico Madrid pada pusingan separuh akhir, awal pagi tadi.

Kekalahan Barcelona di Vicente Calderon itu mengesahkan kemaraan Atletico ke separuh akhir dengan agregat 3-2 selepas Griezmann meledak gol pertama menerusi tandukan pada minit ke-36.

Penyerang Perancis itu kemudian mengesahkan kemaraan pasukan selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika perlawanan berbaki dua minit selepas Andres Iniesta memegang bola di kawasan penalti.

Sekalipun dikuatkan dengan gandingan penyerang berbisa Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar, gerakan ketiga-tiganya jelas berjaya disekat Atletico yang turut mendapat sokongan 55,000 penyokong mereka.

Barca bagaimanapun kecewa apabila pengadil, Nicola Rizzoli tidak menganugerahkan penalti, sebaliknya memberikan sepakan percuma ketika masa kecederaan selepas pemain Atletico, Gabi tampak turut memegang bola di kawasan penalti.

Pasukan Barcelona memprotes salah satu keputusan pengadil pada perlawanan tersebut. – AFP
Pasukan Barcelona memprotes salah satu keputusan pengadil pada perlawanan tersebut. – AFP

“Kami bukan saja mara ke separuh akhir, saya fikir ia lebih penting daripada itu,” kata bos Atletico, Diego Simeone.

“Kami boleh menang atau kalah, namun kami percaya ia adalah nilai yang lebih penting dalam kehidupan dan sekali lagi kami menang perlawanan yang sukar,” katanya.

Kekalahan itu adalah yang ketiga buat Barca dalam empat perlawanan selepas mengharungi 39 perlawanan tanpa kalah sejak enam bulan lalu dalam usaha menjadi pasukan pertama mengekalkan trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam era moden.

Kemenangan menyaksikan Atletico akan menyertai musuh tetangga, Real Madrid, Manchester City dan Bayern Munich bagi undian separuh akhir yang dijadualkan, esok.

ARTIKEL YANG SAMA