Gergasi tenis akan berentap

Gergasi tenis akan berentap

PARIS, 2 Jun (Reuters) – Dengan pertemuan gergasi menentang mesin gelanggang tanah liat, Nadal semakin hampir, Novak Djokovic tidak mensia-siakan masa dalam menjalankan penyingkiran terhadap Richard Gasquet dari Perancis 6-1, 6-2, 6-3 semalam untuk mara ke suku akhir KejohananTerbuka Perancis.

Pemain dari Serbia itu memerlukan tujuh break points untuk mengetepikan servis pilihan ke-20 itu pada permainan ketiga tetapi apabila dia mendapatkan kelebihan itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang. Pemain pilihan utama itu memenangi sembilan permainan berturut–turut untuk menyingkirkan Gasquet. Pukulan rendah, pukulan backhand winners dan pertahanan kental Djokovic menguasai di perlawanan tersebut untuk menewaskan Gasquet.

Pemain pilihan dari Perancis itu mampu untuk menggembirakan penonton tempatan di gelanggang Philippe Chatrier dengan beberapa pukulan backhand tetapi gagal untuk menghalang Djokovic untuk mara ke suku akhir.

Djokovic, yang hanya melepaskan servis sekali, menamatkan kempen Gasquet dengan beberapa pukulan dropshot ketika dia terus menguasai untuk memenangi satu–satunya gelaran grand slam yang belum ada di koleksinya.

‘Saya tidak meminta bagi kedudukan lebih baik dalam persaingan itu,” Djokovic memberitahu sidang akhbar apabila ditanya mengenai pertandingan bersama juara sembilan kali Roland Garros, Nadal.

Djokovic dan Nadal akan bertembung di perlawanan suku akhir Kejohanan Terbuka Perancis. – Reuters
Djokovic dan Nadal akan bertembung di perlawanan suku akhir Kejohanan Terbuka Perancis. – Reuters

“Saya berjaya untuk terus kuat dari segi mental, dan bermain dengan baik,” kata Djokovic. Pemain nombor satu dunia itu menuju ke persaingan yang sudah dijangka musim ini yang masih belum tewas di gelanggang tanah liat, yang sebelumnya hanya dikuasai oleh Rafael Nadal.

“Menentangnya di sini dan menentangnya dalam mana–mana persaingan lain di dunia adalah berbeza sepenuhnya,” kata Djokovic, yang mencatatkan rekod kemenangan 14-0 di atas gelanggang tanah liat musim ini.

Nadal mencatatkan 70-1 di kejohanan Roland Garros sejak kemunculannya pada 2005.

ARTIKEL YANG SAMA