Gerhana gabungan matahari, bumi, bulan

Gerhana gabungan matahari, bumi, bulan

PARIS, 24 Sept (AFP) – Untuk kali pertama dalam beberapa dekad, ahli astronomi akan berpeluang melihat dua pemandangan gerhana “bulan besar” yang bermandikan cahaya merah darah pada Isnin.

Pertunjukan cakerawala, dapat dilihat dari Amerika, Eropah, Afrika, barat Asia dan timur Pasifik, adalah hasil Matahari, Bumi dan Bulan yang amat terang berbaris sejajar hanya selama satu jam dari 0211 GMT.

“Ia agak menarik dan dramatik,” ramal ahli astronomi Sam Lindsay daripada Persatuan Astronomi Diraja di London. “Ia lebih terang daripada biasa, lebih besar daripada biasa.”

Bulan akan berada di tempat orbit paling dekat dengan Bumi, dipanggil perigee, sementara juga berada dalam fasa paling terangnya. “Bulan besar” itu akan kelihatan 30 peratus lebih terang dan 14 peratus lebih besar daripada apabila berada di apogee, tempat paling jauh – yang terletak kira-kira 49,800 kilometer dari perigee.

Dalam keadaan luar biasa, planet kami akan mengambil kedudukan dalam barisan lurus di antara Bulan dan Matahari, menghalang cahaya matahari langsung yang biasanya menjadikan satelit kami mengeluarkan cahaya kuning keputih-putihan. Namun setengah cahaya masih akan meresapi pinggir Bumi dan ditapis menerusi atmosferanya, memancarkan cahaya merah menyeramkan yang menghasilkan “bulan darah.”

Bulan bergerak ke kedudukan yang sama setiap bulan, namun condong orbitnya bermakna ia biasanya melalui di atas atau di bawah bayang-bayang Bumi – maka kebanyakan bulan mempunyai bulan purnama tolak gerhana.

Untuk orang yang lebih muda daripada 33 tahun, ia merupakan peluang pertama mereka untuk melihat “bulan darah besar.” Yang terakhir, hanya yang kelima yang dicatat sejak 1900, adalah pada 1982, menurut agensi angkasa lepas NASA, dan kejadian akan datang tidak akan berlaku sehingga 2033.

Jika cuaca tidak berubah, iaitu – pemandangan tidak dapat kelihatan di sebalik awan. Selain daripada faktor keunikan, peristiwa itu juga menarik minat penyelidik.

Dalam tempoh kitaran 24-hari, suhu di permukaan satelit kami biasanya bergerak di antara tahap tinggi 121 darjah Celsius dalam cahaya matahari, dan tahap rendah negatif 115 darjah Celsius di bawah tempat teduh.