Gerhana matahari jadi tumpuan

Gerhana matahari jadi tumpuan

SAINT-LOUIS, Perancis, 2 Sept – Para pengkaji bintang di selatan dan tengah Afrika menyaksikan gerhana suria luar biasa semalam dengan bulan bergerak melintasi matahari dan membentuk ‘lingkaran cincin api’.

Pada kemuncak gerhana, apa yang dapat dilihat ialah lingkaran cahaya yang mengelilingi bulan hitam – tetapi fenomena itu hanya sepenuhnya dapat dilihat oleh mereka yang berada di lingkaran tipis, 100 kilometer di seluruh tengah Afrika, Madagascar dan Reunion.

Sesiapa yang berada di utara, selatan, timur atau barat lingkaran itu hanya mengalami sebahagian gerhana, atau tidak sama sekali. Fenomena itu, dikenali sebagai gerhana lingkaran matahari, berlaku apabila penjajaran hampir sempurna Bumi, Bulan dan Matahari.

Tetapi tidak seperti gerhana penuh, apabila Matahari gelap, kadang-kadang Bulan terlalu jauh dari Bumi, dan diameternya terlalu kecil, bagi liputan meluas.

Imej bulan menutupi matahari, menjadikan suatu bentuk seperti cincin api pada bulan, semasa gerhana matahari itu terjadi kelmarin di Saint-Louis, pada pulau Lautan Indian, La Reunion. – AFP
Imej bulan menutupi matahari, menjadikan suatu bentuk seperti cincin api pada bulan, semasa gerhana matahari itu terjadi kelmarin di Saint-Louis, pada pulau Lautan Indian, La Reunion. – AFP

Di pulau itu, kejadian gerhana bertahan hanya 2 minit 33 saat dan berlaku sejurus selepas 1000 GMT. Mereka yang menyaksikan perlu mengenakan kaca mata perlindungan khas untuk menapis keluar ultraviolet matahari berbahaya dan sinar infra-merah.

Mereka juga boleh menggunakan kamera liang halus, kotak yang berlubang bagi cahaya untuk masuk, memberikan lantunan imej gerhana pada bahagian bertentangan. Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte di perairan pantai timur Afrika, solat dan doa diadakan di masjid-masjid bagi kesejahteraan para penduduk. – AFP