Gerila komunis bunuh 3 askar

Gerila komunis bunuh 3 askar

MANILA, 15 Mei (AFP) – Gerila komunis membunuh tiga tentera Filipina dalam pertempuran pertama sejak presiden yang baru dipilih menawarkan untuk memulakan semula rundingan perdamaian yang terbuntu, kata tentera hari ini.

Tentera berada di pulau tengah Negros semalam untuk menyiasat laporan mengatakan gerila Tentera Rakyat Baru sedang memeras wang daripada penduduk kampung apabila mereka bertempur dengan kira-kira sepuluh pemberontak, meninggalkan tiga tentera terbunuh dan dua cedera, kata laporan tentera.

Keganasan berlaku beberapa hari selepas Presiden dipilih Rodrigo Duterte berkata beliau bersikap terbuka untuk meneruskan rundingan perdamaian yang bertujuan menamatkan pemberontakan berusia beberapa dekad yang telah meragut berpuluh ribu nyawa.

ARTIKEL YANG SAMA