Germanwings berikan pampasan

Germanwings berikan pampasan

BERLIN, 1 Julai (Reuters) – Germanwings sedang menawarkan bayaran pampasan berjumlah 25,000 euro kepada saudara rapat mereka yang terbunuh dalam nahas kapal terbang pada 24 Mac atas kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh mereka, katanya semalam.

Bukti menunjukkan pembantu juruterbang Andreas Lubitz tidak membenarkan kapten daripada memasuki kokpit kapal terbang Germanwings 4U9525 dari Barcelona ke Duesseldorf dan sengaja merempuh kapal terbang ke lereng gunung terpencil, membunuh kesemua 150 penumpang.

Bayaran 25,000 euro adalah di samping 50,000 euro yang telah pun dibayar sebagai bantuan kewangan segera pada saudara. Undang-undang Jerman tidak memperuntukkan ganjaran berasingan untuk kesengsaraan dan penderitaan, tidak seperti di Amerika Syarikat.

Germanwings, unit Lufthansa, berkata semalam ia ingin melayan semua orang dengan adil, walaupun seorang peguam berkata tawaran adalah tidak mencukupi.

Nahas pesawat Germanwings pada 24 Mac lalu. – AFP
Nahas pesawat Germanwings pada 24 Mac lalu. – AFP

Bayaran pampasan untuk penderitaan emosi akan dibuat kepada ibu bapa, pasangan yang telah menjadi balu, teman dan anak mangsa dan tidak perlu mengemukakan bukti ganti rugi untuk membolehkan bayaran dibuat, katanya.

Saudara yang tinggal di Jerman juga boleh menuntut bayaran pampasan tambahan berjumlah 10,000 euro setiap seorang untuk mana-mana masalah kesihatan yang dihadapi tanpa mengemukakan bukti formal, kata syarikat.

Keluarga mangsa masih mempunyai hak untuk membuat tuntutan selanjutnya untuk kos kewangan lain, seperti kos pengebumian atau pencen, walaupun ia memerlukan bukti ganti rugi yang dialami.

ARTIKEL YANG SAMA