Gerrard dedah mimpi ngeri

Gerrard dedah mimpi ngeri

LONDON, 25 Jun (AFP) – Steven Gerrard sedia maklum sudah tiba masanya untuk meninggalkan Liverpool apabila dia dikeluarkan dari kesebelasan utama bagi perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara di Real Madrid November lalu.

Bekas kapten pasukan England berusia 35 tahun itu meninggalkan Anfield Mei lalu selepas lebih 17 tahun dan 700 perlawanan bersama kelab Liga Perdana untuk menyertai kelab LA Galaxy dari Major League Soccer.

Dalam temubual yang disiarkan semalam, beliau mengaku ‘kecewa’ apabila pengurus Brendan Rodgers meletakkannya di bangku simpanan di Madrid dan menyedari hari–hari terakhirnya di kelab itu semakin hampir.

“Apabila diberitahu saya tidak akan beraksi, bagi kebaikan pasukan dan hubungan saya bersama Brendan, saya menerimanya,” Gerrard memberitahu bekas rakan sepasukannya dari England, Rio Ferdinand dalam satu temubual, yang akan ditayangkan oleh BT Sport.

Tetapi bekas kapten Liverpool itu berkata, ketika itulah dia menyedari kerjaya panjangnya di kelab itu sudah berakhir.

Gerrard mengucapkan selamat tinggal kepada Kop pada hari terakhirnya beraksi di Old Traffod pada 19 Mei 2015. – Reuters
Gerrard mengucapkan selamat tinggal kepada Kop pada hari terakhirnya beraksi di Old Traffod pada 19 Mei 2015. – Reuters

“Saya duduk di bangku simpanan dengan kecewa kerana saya mahu beraksi. Ia seolah olah menekan saya untuk membuat keputusan dan cuba melakukan sesuatu yang berbeza,” jelasnya.

Gerrard beraksi pada minit ke-69 perlawanan itu di mana Liverpool tewas 1-0, dan walaupun dia beraksi 41 kali musim lalu, dia tidak lagi menjadi pemain pilihan selepas 17 tahun di Anfield.

Dia sekarang mahu memulakan fasa seterusnya dalam kerjaya bola sepak bersama LA Galaxy yang berpangkalan di California dan boleh dilihat dalam poster-poster promosi yang diletakkan di seluruh bandar raya itu di bawah pemidang ‘kehebatan’.

ARTIKEL YANG SAMA