Gerrard gantung but

Gerrard gantung but

LONDON, 24 Nov – Bekas kapten Liverpool dan England, Steven Gerrard mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak profesional hari ini pada usia 36 tahun.

Gerrard menghabiskan masa 17 tahun di kelab kampung halamannya Liverpool, 12 tahun sebagai kapten pasukan dan memenangi tujuh kejohanan utama termasuk Liga Juara-Juara 2005 sebelum menamatkan kariernya di LA Galaxy selama 18 bulan.

“Berikutan spekulasi media mengenai masa depan saya baru-baru ini, saya boleh mengesahkan persaraan saya dari bermain bola sepak profesional,” kata Gerrard menurut satu keterangan.

“Saya telah memperoleh karier yang menakjubkan dan bersyukur bagi setiap detik masa saya di Liverpool, England dan LA Galaxy.”

Gerrard membuat 114 penampilan buat England, satu perkiraan yang hanya didahului oleh Peter Shilton, Wayne Rooney dan David Beckham serta menjaringkan 21 gol antarabangsa.

Gambar fail - Steven Gerrard yang dikenali melalui kariernya di skuad Liverpool dan England mengumumkan persaraannya kelmarin. – AFP
Gambar fail – Steven Gerrard yang dikenali melalui kariernya di skuad Liverpool dan England mengumumkan persaraannya kelmarin. – AFP

Dia beraksi dalam enam kejohanan utama, menjadi kapten England pada Piala Dunia 2010, Euro 2012 dan Piala Dunia 2014.

Meskipun kejohanan Liga Perdana Inggeris sering mengelaknya, dia telah memenangi dua Piala FA, tiga Piala Liga, Piala UEFA, Piala Super UEFA dan Community Shield.

Detik terbaiknya tiba ketika di Istanbul pada Mei 2005, apabila dia mengaspirasikan Liverpool untuk mengejar daripada ketinggalan 3-0 menentang England pada separuh masa pertama apabila menentang AC Milan pada saingan Liga Juara-Juara untuk memenangi Piala Eropah kelima kelab tersebut.

Secara keseluruhan dia membuat 710 penampilan buat Liverpool dan menjaringkan 186 gol.

“Saya berasa bertuah untuk mengalami begitu banyak acara kemuncak yang indah sepanjang karier saya,” ujar Gerrard.

“Saya amat berbangga untuk bermain melebihi 700 perlawanan buat Liverpool, kebanyakannya sebagai kapten, dan memainkan peranan dalam membantu kelab tersebut untuk membawa pulang beberapa piala kejohanan utama ke Anfield, lebih-lebih lagi pada malam yang terkenal di Istanbul.

“Pada peringkat antarabangsa, saya berasa bertuah untuk memenangi 114 kap buat England dan telah diberikan kepercayaan untuk menjadi kapten buat negara saya. Saya akan terus melihat dalam rasa bangga pada saat saya memakai jersi England.”

Gerrard telah dikaitkan dengan peranan jurulatih di Liverpool, dan juga di Celtic dan Newcastle United, di mana bekas pengurus Liverpool Brendan Rodger dan Rafael Benitez bekerja sebelum ini.

Dia telah dilaporkan menolak tawaran dari kelab divisyen tiga Milton Keynes Dons dan berkata dia akan mengambil masa sebelum mengumumkan langkahnya selepas ini.

“Saya begitu teruja mengenai masa depan dan berasa saya masih mempunyai begitu banyak untuk dicurahkan dalam perlawanan, dalam apa juga peranan,” tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA