Gerrard langkah kanan

Gerrard langkah kanan

LOS ANGELES, 12 Julai (AFP) – Steven Gerrard melancarkan kerjayanya selepas Liverpool bersama kelab baru Los Angeles Galaxy semalam dengan beraksi selama 45 minit bagi kelab Major League Soccer itu dalam kemenangan 2-1 ke atas kelab gergasi Mexico, Club America.

Hanya selepas dua bulan mengucapkan selamat tinggal di depan 44,000 peminat di Anfield, bekas kapten Liverpool itu menunjukkan satu atau dua persembahan menarik sebelum digantikan pada separuh masa pertama yang mencetuskan sorakan 27,934 penonton.

Gerrard akan membuat kemunculan penuh dalam MLS di peminat sendiri dalam perlawanan menentang San Jose Earthquakes.

Gerrard, 35, yang menandatangani persetujuan selama 18 bulan bersama Galaxy selepas menghabiskan kerjaya profesional selama 17 tahun bersama Liverpool, hampir menemui sasaran dalam kemunculannya pada malam perlawanan.

Pemain midfield itu menghasilkan sepakan menarik meluru dalam kawasan penalti dari midfield untuk menyudahkan hantaran Jose Villarreal tetapi dinafikan selepas penyelamat menarik penjaga gol Hugo Gonzalez.

Gerrard dalam penampilan pertama Los Angeles Galaxy menentang kelab gergasi Mexico, Club America di Carson, California semalam. – AFP
Gerrard dalam penampilan pertama Los Angeles Galaxy menentang kelab gergasi Mexico, Club America di Carson, California semalam. – AFP

Sebelum itu, Gerrard menunjukkan keupayaan yang mencetuskan masalah bagi pesaing MLS dengan hantaran dari jarak 40 ela tepat kepada rakan sepasukan selepas enam minit.

Club America dengan peminat mereka yang ramai berazam untuk menjejaskan keraian Gerrard apabila pasukan itu mendahului selepas tujuh minit menerusi Carlos Darwin Quintero.

Galaxy menyamakan kedudukan pada akhir separuh masa pertama apabila Robbie Keane mengawal bola tinggi hantaran Juninho dengan meledak ke gawang mengelirukan penjaga gol AS, Gonzalez sebelum menyudahkan jaringan penamat.

Pemain gantian Alan Gordon menjaringkan gol lewat Galaxy selepas melompat untuk menanduk hantaran lintang Raul Mendiola pada minit ke-80.