Gervinho sertai kelab China

Gervinho sertai kelab China

MILAN, 26 jun – Penyerang Ivory Coast, Gervinho semakin hampir meninggalkan AS Roma selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya menjelang perpindahannya ke kelab China, Hebei Fortune.

Gervinho tidak berada dalam senarai skuad Roma yang bertandang ke Juventus pada Ahad lalu, dengan penyandang Serie A itu mencatat kemenangan 1-0 untuk meninggalkan Roma di kedudukan kelima.

Sebelum kekalahan mereka Ahad lalu, pengarah sukan Roma, Mauro Baldissoni mengesahkan Gervinho sudah memohon untuk berpindah.

“Saya boleh sahkan kami sedang berunding, kami menerima beberapa tawaran lumayan dan apabila pemain mahu berhijrah, tidak ada apa yang dapat dilakukan,” kata Baldissoni. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA