Gesa PBB mulakan misi bantuan

Gesa PBB mulakan misi bantuan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York 2 Jun – Perancis dan Britain semalam menggesa PBB supaya memulakan bantuan kemanusiaan melalui udara di Syria sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan yang diadakan untuk membincangkan krisis di kawasan yang dikepung.

Gesaan bagi tindakan dibuat disebalik penghantaran darat bagi bekalan udara ke dua buah bandar yang dikepung oleh pasukan kerajaan Syria yang mana orang awam berdepan dengan kekurangan makanan.

Sebuah konvoi memasuki bandar Daraya buat pertama kali sejak 2012 semalam dan penghantaran kedua telah sampai ke Moadamiyeh buat pertama kali sejak Mac lalu.

Duta Rusia Vitaly Churkin menyambut baik penghantaran bantuan sebagai langkah positif dan mengatakan bahawa rancangan untuk menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara mungkin ditangguhkan buat masa sekarang.

Duta Perancis Francois Delatte, yang memegang jawatan majlis itu pada bulan ini, berkata kemasukan ke bandar-bandar dan kampung-kampung yang dikuasai masih disekat dan menyalahkan pihak rejim Syria.

“Perancis meminta PBB dan terutamanya WFP untuk memulakan pengguguran bantuan kemanusiaan bagi semua kawasan yang memerlukan, bermula de-ngan Daraya, Moadamiyeh dan Madaya, yang mana penduduk awam termasuklah kanak-kanak berisiko mati akibat kebuluran,” Delattre memberitahu sidang media.

Britain menggesa bagi mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan pada hari Jumaat untuk membincangkan kemudahan kemanusiaan dan untuk meneruskan dengan pengguguran bantuan melalui udara diputuskan pada mesyuarat bulan lalu Kumpulan Bantuan Syria Antarabangsa 20 Negara (ISSG).

“Ia terlalu sedikit, terlambat,” kata Duta Britain Matthew Rycroft.

“Saya berpendapat kami perlu meneruskan dengan apa yang dikatakan ISSG, yang dalam senario itu, perlu ada pengguguran udara.” – AFP