Gesa setuju kerajaan perpaduan Libya

Gesa setuju kerajaan perpaduan Libya

TRIPOLI/GENEVA, 12 Ogos – Utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Libya semalam menggesa ke atas pihak yang bertelagah di negara itu supaya bersetuju dengan penubuhan kerajaan perpaduan menjelang akhir bulan ini dan meluluskannya dengan undian pada September.

Sambil menekankan bahawa risiko rundingan itu, yang sudah pun berlarutan selama hampir setahun, menjadi tidak relevan ketika keadaan keselamatan semakin buruk, kerajaan Libya yang bersaingan melancarkan serangan udara ke atas kedudukan suspek Negara Islam (IS) di dua bandar.

Libya terbahagi kepada dua kerajaan yang disokong oleh pakatan bersenjata yang saling berperang yang menguasai wilayah yang terhad.

IS dan kumpulan bersenjata lain pula mengeksploitasi kekosongan keselamatan yang semakin meningkat bagi tujuan kepentingan pertubuhan mereka.

Libya Dawn, gabungan kumpulan bersenjata, mengusir kerajaan yang di-iktiraf antarabangsa keluar dari ibu negara Tripoli, dan mengisytiharkan kerajaan sendiri setahun lepas, menyebabkan negara kaya dengan minyak itu berada di ambang anarki. – Reuters