Gesaan kaji semula hukuman mati 2 warga Myanmar

Gesaan kaji semula hukuman mati 2 warga Myanmar

YANGON, 27 Dis – Ketua tentera Myanmar menggesa Thailand untuk mengkaji semula hukuman mati ke atas dua warganya atas tuduhan membunuh sepasang pelancong British selepas perbicaraan kontroversi yang mencetuskan bantahan.

Jeneral Min Aung Hlaing, meminta Thailand untuk mengkaji semula bukti terhadap kedua-dua lelaki itu, lapor media rasmi negara itu, Global New Light of Myanmar hari ini. Khamis lalu, Zaw Lin dan Win Zaw Tun didapati bersalah membunuh David Miller, 24, dan merogol serta membunuh Hannah Witheridge, 23, yang mayat mereka ditemui di pantai dekat resort menyelam Koh Tao September tahun lalu.

Pembunuhan kejam itu menjejaskan reputasi Thailand sebagai syurga pelancong selain sistem keadilan yang dipersoalkan selepas pihak pembelaan menuduh polis menipu dalam siasatan dan menggunakan lelaki itu sebagai kambing hitam, dakwaan yang dinafikan polis Thai. Pendakwa dan polis Thai menyatakan bukti terhadap dua pekerja asing itu adalah kukuh, termasuk DNA yang ditemui pada badan Witheridge. – AFP

Gambar fail: Dua warga Myanmar, Zaw Lin (kanan) dan Wai Phyo diiringi pegawai polis Thai keluar dari mahkamah  selepas dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan membunuh sepasang pelancong.
Gambar fail: Dua warga Myanmar, Zaw Lin (kanan) dan Wai Phyo diiringi pegawai polis Thai keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan membunuh sepasang pelancong.

ARTIKEL YANG SAMA