Getafe pecat Escriba

Getafe pecat Escriba

MADRID, 12 April (AFP) – Getafe yang bergelut dalam saingan La Liga bertindak memecat jurulatihnya, Fran Escriba selepas terus kemarau kemenangan dalam 12 perlawanan.

Tindakan drastik berkenaan diambil selepas kelab terjerumus ke zon penyingkiran ketika saingan musim ini berbaki enam perlawanan. “Fran Escriba bukan lagi jurulatih Getafe,” menurut kenyataan kelab itu.

“Kelab ini berterima kasih atas tugas yang dilakukannya dan kami ucapkan selamat berjaya kepadanya.

“Bagaimanapun kelab itu masih belum menamakan pengganti Escriba namun laporan mengatakan pemain tengah, Javier Casquero bersedia menggalas tugas berkenaan sepanjang baki musim ini.

Francisco Escriba (kanan) semasa mengendalikan perlawanan Getafe menentang Villarreal di stadium El Madrigal, 10 April lalu. – AFP
Francisco Escriba (kanan) semasa mengendalikan perlawanan Getafe menentang Villarreal di stadium El Madrigal, 10 April lalu. – AFP