Geun-Hye: Kita ajar Pyongyang

Geun-Hye: Kita ajar Pyongyang

SEOUL, 13 Jan (AFP) – Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye hari ini menggesa komuniti antarabangsa, dan terutamanya China, supaya memastikan Korea Utara menerima hukuman paling keras atas ujian nuklear terbarunya.

Komen beliau keluar tatkala pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un memberitahu ahli sains beliau supaya menambah saiz gudang senjata nuklear negara dengan bom yang lebih kuat yang mampu menyerang Amerika Syarikat.

Menggambarkan ujian pada minggu lalu sebagai provokasi dan “cabaran yang tidak boleh diterima” kepada keamanan dan keselamatan global, Park berkata sudah tiba masanya untuk mengamalkan dasar yang lebih keras dengan rejim di Pyongyang.

“Langkah pencegahan komuniti antarabangsa ke atas ujian nuklear terbaru Korea Utara mesti berbeza dengan masa sebelum ini,” beritahu Park pada persidangan akhbar tahunan.

Selain daripada bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengamalkan resolusi “paling keras” untuk menghukum Korea Utara, Seoul juga akan membincangkan “sekatan”tambahan dengan Amerika Syarikat dan sekutunya, kata Park.

Presiden Park Geun-Hye menjawab soalan para wartawan semasa mengadakan sidang media Tahun Baru di Rumah Biru di Seoul, semalam. – AFP
Presiden Park Geun-Hye menjawab soalan para wartawan semasa mengadakan sidang media Tahun Baru di Rumah Biru di Seoul, semalam. – AFP

Presiden menekankan bahawa China, sekutu utama dan penerima ekonomi Korea Utara, adalah penting dalam mencapai resolusi Majlis Keselamatan yang efektif.

Mengambil perhatian teguran awam Beijing mengenai rejim Kim berhubung program nuklearnya, Park berkata sudah tiba masanya untuk China bertindak di luar retorik.

“Saya percaya China sedar jika keazamannya yang kuat tidak dijadikan tindakan, kami tidak dapat menghalang ujian nuklear kelima atau keenam,” katanya.

Komen beliau mengulang komen Setiausaha Negara AS John Kerry pada minggu lalu, yang telah menggesa China supaya mengamal dasar yang lebih ketat dengan Korea Utara, mengingatkan dalam satu gesaan kepada rakan sejawatan Beijing bahawa ia tidak boleh “menjadi urusan yang biasa.”