Ghana meneroka peluang guna kuasa nuclear

Ghana meneroka peluang guna kuasa nuclear

ACCRA, 31 Mei – Terdapat lebih daripada 45 negara secara aktif mempertimbangkan untuk memulakan program kuasa nuklear, menurut Pertubuhan Nuklear Dunia hari ini.

Ghana adalah dalam kalangan negara-negara yang mempertimbangkan kuasa nuklear ini, apabila negara itu berusaha untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat bagi kegunaan domestik dan industri.

Syarikat-syarikat dimiliki kerajaan di Rusia dan China telah mengambil langkah dalam menawarkan loji-loji kuasa nuklear kepada negara-negara membangun, selalunya dalam khidmat kewangan dan bahan api.

Perbadanan Kuasa Atom Kerajaan Rusia (ROSATOM) menghoskan Forum Antarabangsa ATOMEXPO tahunan sebagai platform pameran dan perniagaan utama bagi menjalankan mesyuarat dan rundingan di antara pemimpin-pemimpin dunia bagi industri kuasa nuklear itu. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA