GHK tawar promosi hebat

GHK tawar promosi hebat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Pengedar kereta Chevrolet, Goh Hock Kee (GHK) Sdn Bhd menawarkan kadar faedah serendah 3.5 peratus bagi mana-mana pembelian model Chevrolet dalam promosi yang berlangsung sehingga 31 Oktober ini.

Perkara ini ditekankan Eksekutif Pemasaran GHK bagi Segmen Chevrolet Brunei, Dayang Nurnadzirah Anati binti Abdul Rahim pada sidang media semasa Jerayawara Chevrolet di The Mall, Gadong, hari ini.

Menurutnya, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan dan menerima Bedliner bagi Chevrolet Colorado dan tempat duduk kulit percuma bagi model Captiva dalam promosi itu.

Mana-mana pembelian kereta model Chevrolet akan mendapat kadar faedah serendah 3.5 peratus dalam promosi sehingga 31 Oktober ini.
Mana-mana pembelian kereta model Chevrolet akan mendapat kadar faedah serendah 3.5 peratus dalam promosi sehingga 31 Oktober ini.

Selain itu, pelanggan juga menikmati bayaran ansuran percuma selama empat bulan jika membeli Chevrolet Cruze, Malibu atau Orlando. Pelanggan juga akan diberi kit sensor undur percuma jika membeli mana-mana model tersebut.

Pelanggan yang ingin melihat lebih dekat model-model Chevrolet, bolehlah mengunjungi Jerayawara Chevrolet di The Mall, Gadong bermula 5 hingga 9 Oktober ini.