Giaccherini pertahanan Itali terbaik di Euro 2016

Giaccherini pertahanan Itali terbaik di Euro 2016

LYON, 14 Jun (AFP) – Penjaring gol Itali, Emanuele Giaccherini berkata pasukan mereka mempunyai pertahanan terbaik dalam saingan Euro 2016 selepas menyekat serangan Belgium untuk menang 2-0 pada aksi Kumpulan E, awal pagi tadi.

Gol yang terhasil pada kedua-dua babak perlawanan menerusi Giaccherini dan Graziano Pelle jelas melegakan Itali selepas Azzurri mengejutkan Belgium dengan keputusan berkenaan.

Jaringan Giaccherini selepas setengah jam permainan dan penyudah mengagumkan Pelle pada minit ke-90 membenarkan Azzurri membawa pulang tiga mata tatkala mereka sedang sedang memburu pentas final seperti di Euro 2012.

Namun Giaccherini, pemain terbaik perlawanan di Lyon, berkata keputusan perlawanan itu adalah hasil daripada tiga bek Juventus atau dikenali sebagai ‘BBC Itali’ – Andre Barzagli, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini yang banyak mencorakkan perlawanan.

“Pertahanan sangat menakjubkan, saya fikir kami mempunyai barisan belakang terbaik dalam kejohanan ini, merekalah yang mewujudkan kelainan,” kata pemain berusia 31 tahun, Giaccherini.

Emanuele Giaccherini yang menjaringkan gol buat pasukannya dalam saingan Euro 2016. – AFP
Emanuele Giaccherini yang menjaringkan gol buat pasukannya dalam saingan Euro 2016. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Saya gembira dapat menjaringkan gol dan juga prestasi diri saya tetapi ia semuanya adalah untuk mendapatkan kemenangan buat pasukan.

“Belgium adalah pasukan yang hebat, terutamanya secara individu. Mereka dibarisi pemain yang boleh mengecewakan kamu dan menjadikan kehidupan kami sukar, setiap orang perlu saling bantu membantu.

“Kami perlu cuba dan mengecewakan mereka apabila kami menguasai bola, yang mana itu adalah apa yang disuruh oleh jurulatih kami (Antonio Conte).”

Anak buah Marc Wilmot yang berada dalam Kumpulan E dijadual bertemu Ireland di Bordeaux Sabtu ini dan harus memenangi perlawanan sekiranya tidak mahu tersingkir awal daripada kejohanan.

ARTIKEL YANG SAMA