Giat lindungi kejiranan

Giat lindungi kejiranan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 20 Sept – Rondaan Pencegahan Jenayah Balai Polis Sungai Liang bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut II telah diteruskan dengan melibatkan penyertaan seramai lebih 10 orang anggota polis dan ahli-ahli pengawasan kejiranan kampung berkenaan di sini.

Rondaan tersebut pada malam Jumaat lalu itu bermula kira-kira pukul 11:45 malam dengan diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Sofian bin Haji Kifli.

Turut menyertai rondaan tersebut ialah Ketua Kampung Lumut II, Haji Abdul Rahman bin Hashim.

Antara yang terlibat menyertai Rondaan Pencegahan Jenayah dalam kalangan anggota Polis dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut II.
Antara yang terlibat menyertai Rondaan Pencegahan Jenayah dalam kalangan anggota Polis dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut II.
Rondaan Pencegahan Jenayah turut membuat pemeriksaan melalui sekatan jalanraya di kawasan simpang masuk ke kawasan RPN Kampung Lumut.
Rondaan Pencegahan Jenayah turut membuat pemeriksaan melalui sekatan jalanraya di kawasan simpang masuk ke kawasan RPN Kampung Lumut.

Rondaan dilakukan secara berjalan kaki di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut selain menjalankan sekatan jalan raya di kawasan simpang masuk ke kawasan RPN Kampung Lumut.

Bagaimanapun, semasa rondaan itu tiada sebarang aktiviti jenayah ditemukan, dan operasi berakhir kira-kira pukul 1:35 pagi. Rondaan seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk memantau keselamatan penduduk kampung dan juga untuk mencegah sebarang aktiviti jenayah di kawasan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA