GIC beli saham unit telefon bimbit UK

GIC beli saham unit telefon bimbit UK

SINGAPURA, 8 Mei (AFP) – Dana kekayaan Singapura GIC berkata hari ini ia akan bergabung dengan empat syarikat lain untuk melabur 3.1 bilion paun dengan 33 peratus saham dalam perniagaan telekom telefon bimbit Britain, Hutchison Whampoa.

Kelima-lima firma, termasuk Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi, Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada dan bank pelaburan Brazil BTG Pactual, akan menerima satu pertiga daripada saham dalam perniagaan gabungan Hutchison dengan firma telekom Britain Three and O2. Firma kelima adalah dana pencen wilayah Kanada Quebec, Caisse de depot et placement du Quebec.

GIC sendiri akan melabur 1.1 bilion paun, kata firma Singapura dalam satu kenyataan yang tidak memberikan huraian atau analisis pelaburan oleh firma lain.

Hutchison Whampoa, konglomerat yang dikawal oleh jutawan Hong Kong Li Ka-shing, memuktamadkan satu perjanjian pada Mac untuk membeli firma telekom Britain O2 daripada Telefonica di Sepanyol dengan harga $15.2 bilion.

Hutchison telahpun memiliki rangkaian telefon bimbit Britain Three, dan jika kedua-duanya digabungkan, ia akan mengurangkan jumlah pelabur dalam sektor telekom wayarles Britain kepada tiga. Pembelian O2 adalah sebahagian daripada penyusunan semula besar-besaran empayar perniagaan Li, 86 tahun, diumumkan pada Januari yang dilihat oleh pemerhati sebagai membuka laluan kepada persaraannya.

Timbulnya spekulasi penyerahan kepada anak sulungnya Victor.

GIC berkata dalam kenyataan pelaburannya “adalah bersyarat dan akan berlaku serentak dengan penyelesaian pemerolehan Three di UK ke atas O2 UK dan gabungan kedua-dua perniagaan, yang tertakluk kepada kelulusan badan pengatur EU.”

GIC, salah satu daripada dua dana pelaburan kerajaan, mengendali simpanan tukaran asing negara kota berjumlah lebih daripada $100 bilion.

Ia mempunyai pelaburan di 40 buah negara dalam aset seperti ekuiti, pendapatan tetap, harta tanah dan ekuiti persendirian.

ARTIKEL YANG SAMA