GIC: Pelaburan global ‘sukar’

GIC: Pelaburan global ‘sukar’

SINGAPURA, 28 Julai – Dana kekayaan Singapura GIC hari ini melaporkan kemerosotan besar dalam hasil pulangan dan mengingatkan keadaan pelaburan global yang ‘sukar’ dalam tempoh satu dekad akan datang.

GIC berkata dalam satu kenyataan kadar pulangan tahunannya, tidak termasuk inflasi global, sejak 20 tahun lalu merosot kepada 4.0 peratus pada tahun sehingga Mac 2016, daripada 4.9 peratus pada 2015, menambah pulangan masa depan akan dicabar oleh ketidakpastian berpunca daripada persekitaran pendapatan rendah.

“Keadaan pelaburan yang sukar berkenaan boleh berlarutan untuk tempoh 10 tahun akan datang,” kata Lim Chow Kiat, penolong presiden kumpulan dan ketua pegawai pelaburan.

“GIC bersedia untuk tempoh kadar faedah rendah, prospek pertumbuhan global yang sederhana dan penilaian tinggi aset kewangan,” tambah beliau.

Ketika menghadapi kemelesetan global, kebanyakan bank pusat di seluruh dunia – dengan kekecualian Simpanan Persekutuan AS – telah memotong atau sedang menimbang untuk memotong kos pinjaman tatkala mereka menjangka menambah inflasi dan melancarkan ekonomi mereka.

Lambang GIC dilihat di bangunan Capital Tower di Singapura pada 28 Julai. – AFP
Lambang GIC dilihat di bangunan Capital Tower di Singapura pada 28 Julai. – AFP

GIC, sebelumnya dikenali sebagai Kerajaan Pertubuhan Pelaburan Singapura, mengendali rizab asing Singapura dengan tumpuan diberikan pada prestasi jangka panjang.

Ia tidak mendedahkan nilai sebenar portfolionya, hanya berkata ia mempunyai “lebih AS$100 bilion aset” di lebih 40 buah negara, termasuk harta tanah, ekuiti dan pelaburan pendapatan tetap.

Institut Dana Kekayaan yang berpangkalan di AS itu berkata GIC mempunyai as et berjumlah AS$344 bilion di bawah pengurusannya, menjadikannya kelapan terbesar di dunia.

GIC berkata 34 peratus daripada portfolionya berada di Amerika Syarikat, 20 peratus di Asia di luar Jepun dan 11 peratus di Jepun. Syarikat pelaburan global lain di Singapura, Temasek Holdings, berkata pada bulan ini portfolio globalnya mengalami kemerosotan tahunan pertamanya sejak 2009 pada kemuncak krisis kewangan global.

Temasek mengumumkan nilai aset globalnya berjumlah Sg$242 bilion pada Mac, merosot sembilan peratus berbanding Sg$266 bilion pada tahun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA