Giggs mungkin pengurus United

Giggs mungkin pengurus United

LONDON, 6 Okt (AFP) – Ryan Giggs mungkin sudah menggantikan Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United jika pemain sayap itu berhenti beraksi pada usia 35 tahun, berbanding meneruskan kerjaya pemain sehingga berusia 40 tahun, kata bekas pengurus dari Scotland itu.

Ferguson, yang membuat ulasan dalam dokumentari ‘Sir Alex Ferguson: Secrets of Success’, akan ditayangkan dalam BBC One pada 31 Oktober, juga mempertahankan pelantikan David Moyes sebagai penggantinya.

“Jika Ryan Giggs bersara enam, tujuh tahun lalu…katakanlah 35 tahun, saya akan menjadikannya pembantu saya dan mungkin berada dalam tugasan itu dengan pengalaman sebagai pembantu pengurus kepada saya seperti yang dilakukannya bersama Louis van Gaal ketika ini,” kata Ferguson.

“Tetapi saya tidak pernah meminta pemain untuk bersara,” tambahnya.

Filem itu kemudian yang dipotong mengejutkan Giggs, yang membuat 963 kemunculan bagi United. “Dia menyatakannya….Adalah hebat bagi saya secara peribadi bertugas di bawah Sir Alex,” kata pemain dari Wales itu.

Giggs (kanan) bercakap kepada Wayne Rooney semasa sesi latihan Manchester United di Carrington pada 29 September lalu. – AFP
Giggs (kanan) bercakap kepada Wayne Rooney semasa sesi latihan Manchester United di Carrington pada 29 September lalu. – AFP

Moyes dipecat selepas kurang daripada semusim penuh di Old Trafford, tetapi Ferguson menegaskan kelab tidak melakukan kesilapan mendapatkannya.

“Kami melakukan di bawah keadaan terbaik seperti ketika ini,” kata Ferguson, yang menambah tidak masuk akal menggambarkan pelantikan Moyes adalah keputusannya berseorangan. “Apabila saya mengumumkan persaraan, adakah anda secara ikhlas percaya seorang lelaki akan menentukan masa depan Manchester United?” kata Ferguson.

“Tidak masuk akal. Terdapat proses yang bagus…Jose (Mourinho) kembali ke Chelsea, Carlo Ancelotti pergi ke Real Madrid, Jurgen Klopp bersama (Borussia) Dortmund, Louis van Gaal kekal bersama Belanda bagi Piala Dunia.

“Perkara lain ialah saya membawa Pep Guardiola untuk makan malam di New York pada September dan saya tidak ada sebarang idea saya akan bersara dan saya berkata kepadanya hubungi saya dan beritahu saya apa yang anda akan lakukan. Tiada jawaban.”

ARTIKEL YANG SAMA