Gigi dinosaur terbesar ditemui

Gigi dinosaur terbesar ditemui

TOKYO, 14 Jul (dpa) – Dua gigi terfosil yang mungkin milik dinosaur karnivor terbesar yang wujud di Jepun telahpun ditemui dalam lapisan tanah berusia kira-kira 81 juta tahun di barat daya Jepun, kata satu laporan hari ini.

Gigi berkenaan adalah fosil pertama seekor dinosaur besar daripada keluarga Turannosauridae yang ditemui di Jepun, menurut bandar Nagasaki dan Muzium Dinosaur di Fukui, lapor agensi Berita Kyodo. Dinosaur itu dianggarkan kira-kira 10 meter panjang.

Salah satu gigi yang berada dalam keadaan lebih baik adalah 8.2 sentimeter panjang dan 2.7 sentimeter tebal, dan mungkin daripada bahagian kiri rahang bawah, kata Kyodo.

Makoto Manabe, seorang pegawai di Muzium Alam Semula jadi dan Sains Nasional di Tokyo, memberitahu Kyodo penemuan terbaru akan memberikan data luar biasa yang diperlukan untuk mengelaskan dan menganggarkan saiz dinosaur.

Maklumat tersebut adalah berguna disebabkan jumlah fosil dinosaur karnivor besar di Asia adalah agak kecil, berbanding dengan mereka di Amerika Utara.

Tyrannosauridae dipercayai telah wujud di Amerika Utara dan Asia pada akhir tempoh Cretaceous, berbeza dari segi saiz daripada 5 meter kepada lebih 10 meter panjang.

ARTIKEL YANG SAMA