Gigi ikan paus berusia 5 juta tahun dijumpai

Gigi ikan paus berusia 5 juta tahun dijumpai

SYDNEY, 22 April – Sebatang gigi ikan paus besar berusia lima juta tahun telahpun ditemui di pantai Australia, memberikan bukti pertama ikan paus sperm yang sudah pupus sekarang di luar Amerika.

Gigi fosil sepanjang 30 sentimeter, yang lebih besar daripada dinosaur Tyrannosaurus rex, ditemui oleh penggemar fosil di Teluk Beaumaris berhampiran Melbourne pada Februari.

“Selepas saya menemui gigi itu, saya hanya duduk dan menatapnya dengan tasa tidak percaya,” kata Murray Orr selepas penemuan diumumkan semalam oleh Muzium Victoria, di mana beliau telah menyumbang gigi tersebut.

“Saya tahu ia adalah satu penemuan penting yang perlu dikongsi dengan semua orang.”

Muzium Victoria berkata fosil unik itu adalah kepunyaan spesis “ikan paus killer sperm” yang sudah pupus yang berukuran 18 meter panjang dan mempunyai berat kira-kira 40 tan.

Ia merupakan satu-satunya contoh yang pernah ditemui di luar Amerika, tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA