Gila, makan alat kemaluan

Gila, makan alat kemaluan

BANDAR LAMPUNG, Indonesia, 17 Nov (AFP) – Pasangan Indonesia yang baru berkahwin telah ditahan atas dakwaan memakan alat kemaluan seorang lelaki yang dipercayai merogol si isteri setelah dibunuh serta dipotong kemaluannya oleh si suami, menurut pihak polis hari ini.

Mayat mangsa itu ditemui dalam sebuah van yang telah terbakar selepas satu serangan balas dendam yang disyaki dicetuskan oleh tuntutan daripada isterinya yang telah dirogol seminggu sebelum perkahwinannya di pulau Sumatera.

Si suami, Rudi Efendi, 30, telah mengaku membunuh lelaki itu selepas mendapati isterinya tidak lagi dara pada malam perkahwinan mereka pada bulan September dan diberitahu telah dirogol, namun menegaskan dia melakukannya pembunuhan itu sendiri.

“Saya berasa sangat berang,” Effendi memberitahu para pemberita selepas penangkapannya bulan lepas, menambah membuat keputusan untuk memakan alat kemaluan mangsa itu “menyembuhkan sakit hati saya”.

Polis berkata selepas membunuh lelaki itu, Efendi membawa pulang alat kemaluan mangsa, mengarahkan isterinya yang berusia 20 tahun untuk memasaknya, dan pasangan itu memakannya bersama.

Mangsa merupakan seorang pemandu, yang berhubungan bersama isterinya sebelum ini.

Jurucakap polis setempat, Sulistyaningsih memberitahu AFP: “Kes ini masih dalam penyiasatan tetapi kami amat mengesyaki bahawa ini adalah pembunuhan terancang.”

Si suami didakwa atas menjalankan pembunuhan, sementara si isteri dipercayai polis bertindak sebagai rakan subahat.

Mangsa ditemui mati pada awal Oktober dalam sebuah van terbakar di daerah Tulangbawang, wilayah Lampung. Pihak polis kemudian memberkas Efendi dan isterinya.

Efedi telah mengarahkan isterinya untuk menghubungi mangsa dan menetapkan satu perjumpaan, menurut polis. Namun apabila mangsa tiba, dia Cuma nampak Efendi, yang kemudian didakwa menikamnya sehingga mati, memotong alat kemaluannya dan membakar kenderaan itu.