Giliran Hewitt, Gerrans keluar dari Rio

Giliran Hewitt, Gerrans keluar dari Rio

pg23_160718_c

SYDNEY, 17 Julai – Harapan Olimpik Australia terjejas hari ini ketika penunggang basikal, Simon Gerrans menarik diri dari Sukan Rio kerana mengalami kecederaan dan Lleyton Hewitt bersedia untuk keluar sebagai jurulatih tenis.

Gerrans, 36, akan beraksi bagi sukan ketiganya, tetapi terpaksa menarik diri dari Jelajah de France pada Khamis lalu selepas mengalami patah tulang selangka dalam satu pelanggaran. Dia kemudian menjalani pembedahan di Sepanyol.

“Dengan kecederaan saya sekarang persediaan saya dalam (Olimpik) berada dalam bahaya, dan begitu juga dengan persembahan saya pada sukan itu,” tulis Gerrans dalam sepucuk surat kepada pegawai pasukan.

“Bagi Australia untuk mendapatkan peluang terbaik mencapai kemungkinan keputusan terbaik, saya merasakan, saya seharusnya digantikan oleh salah seorang penunggang dalam skuad itu.”

Persatuan Berbasikal Australia akan memilih penunggang pengganti lewat minggu ini, kata Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC).

Juga mewakili pasukan berbasikal lelaki Australia adalah pemenang pingat perak litar Sukan London, Rohan Dennis dan Richie Porte, pesaing biasa Grand Tour. Penunggang keempat belum lagi dinamakan.

Sementara itu, Tenis Australia memaklumkan AOC mereka akan memohon kepada ketua-ketua Olimpik bagi menggantikan jurulatih dan bekas pemain nombor satu dunia, Hewitt dengan Mark Draper pada Sukan itu.

Proses rasmi dijangka akan memerlukan beberapa hari memandangkan Draper pada masa ini berada di AS, Mike Tancred dari AOC memberitahu AFP hari ini.

Tiada penjelasan diberikan tetapi Sydney Morning Herald melaporkan bahawa pengunduran Hewitt adalah kerana “alasan peribadi”.

Berita tersebut adalah kekecewaan bagi pasukan tenis, dengan bintang Bernard Tomic dan Nick Kyrgios tidak beraksi selepas menarik diri dari Sukan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA